Tentu kau tak faham rasanya, bukan?
Ah, masakan kau dapat memahami perasaan itu sedangkan aku hanya bersekedudukan dengan nafsumu sahaja. Aku Cuma melengkapi segenap ceruk kosong yang ditinggalkan, atau yang masih belum pernah di isi itu. Entahlah.
Ah, masakan kau dapat memahami perasaan itu sedangkan aku hanya bersekedudukan dengan nafsumu sahaja. Aku Cuma melengkapi segenap ceruk kosong yang ditinggalkan, atau yang masih belum pernah di isi itu. Entahlah.
Betapa sakit rasa hati ini dipukul dek permainan selamatmu. Aku dah cukup bersabar dengan kerenah kau. Mungkin kau juga begitu. Mungkin juga ada aku menyakiti kau. Tapi, tetap aku dipersalahkan atas segala-galanya. Pertuduhan tanpa bukti, penghinaan demi penghinaan, apa saja, kau lontarkan segala rasa marah dan benci. Aku, hanya mampu memendam rasa ini.
Biar aku ini jalang di matamu, tapi, aku tetap punya harga diri dan maruah. Tetap aku mengharapkan layanan mesra dari kau. Seperti dulu. Ya, beberapa bulan dahulu. Aku rindu setiap langkah yang kita atur bersama. Aku dan kau. Berdua kita sempurnakan jiwa yang kosong. Sekurangnya, itulah kita pada aku.
Dulu, aku akan setia melangut di depan skrin komputer riba murah ini, menunggu saat lelaki kesayangan itu hadir bersama di alam maya. Ya, setiap hari untuk beberapa bulan itu hingga aku hanyut di buai perasaan bersamamu. Aku bahagia.
Sekarang, aku hanya memandang sepi skrin ini, tiada lagi rasa gembira atau berdebar, cuma secebis pengharapan yang masih aku sisipkan. Kiranya agar kau belum membenihkan rasa benci ke atas aku. Gila lah. Tentunya kau dah mula membenci atas sebab yang aku sendiri tak tahu. Jika bukan, masakan kau semakin dingin. Atau mungkin kau dah bosan.
Ya, sudah pasti. Tentunya kau dah bosan. Pernah sekali, dalam nada sinis kau gelarkan aku membosankan. Macam mana aku boleh terlupa ya? Mungkin kerana aku sendiri mahu menafikannya.
Dan… macam mana juga aku boleh terlupa yang kau telah punya kekasih hati. Seorang yang kau sayang sepenuh hati, aku kira. Aku hampir pasti, tentunya kau bahagia sekarang.
Baguslah.